Monday, May 21, 2012

Mother's Day Celebration

Assalammualaikum..

Hehe..memang selalu tertinggal train kan..
Hari Ibu dah lama lepas..
tapi baru hari ni nak update blog. hahaha.
Redha jelah...

- Yen's mother's day artwork -

- budak yang bangga dengan artwork dia -

- dinner with mak tersayang -






note: sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup di muka bumi ini..

Thursday, May 17, 2012

Sudahkah Anda Mendaftar?

Assalammualaikum..

Rata2 sekarang, pergi mana2 pun orang sibuk bercakap pasal pilihanraya. Ada yang kata akan dibuat pada bulan Jun dan ada pulak kata lepas raya. Tak kisahlah bila2 pun, yang penting sebagai rakyat Malaysia kita cuma perlu bersiapsedia..Tunggu je announcement Parlimen dibubarkan.

 - mine -

- hubby -

Baru2 ni one of my friend tanya, macammana proses nak tukar alamat sbb she and her husband, on previous election, diorang mengundi tempat berasingan. She kat Bangi, and her husband kat Kuala Selangor..huhu, but lastly end up..her husband tak mengundi, alasannya jauh. Kan dah rugi satu undi!!

Hopefully info2 kat bawah ni dapat membantu kawan2 yang masih blank on the prosedur tukar pusat mengundi. Nak tahu details pegi sini ye..



Note: Marilah mari...pergi mengundi...tunaikan kewajipan kita...pada negara...



Tuesday, May 15, 2012

Kesian dia...

Assalammualaikum..




- Taby boy yang demam selsema -


note: kesian taby boy...berjangkit dari namy boy ler ni..huhuhu



Monday, May 7, 2012

Upin dan Ipin the Musical

Assalammualaikum




Last Saturday, went to Istana Budaya to watch the Upin Ipin the Musical. Just Yen and me! Papanya ada agenda sendiri di Low Yatt. Fuh! berpeluh gaklah nak sampai sana even kereta ada aircond..hehehe. Almaklumlah, Sabtu lepas kan cuti Hari Wesak. All roads heading to KL jem teruk. Nasib baiklah Encik Hubby yang drive, sudi menghantar 2 perempuan kesayangannya ke Istana Budaya. Haha..Disebabkan dia yang drive, dia teror cari jalan shortcut. Kalau harapkan aku, show pukul 3 petang, alamatnya pkl 5 baru sampai. Hehe..


Nasib baik sampai on time. Tapi biasalah kan, ada masa bertenang, so show pukul 3 drag ke pukul 3.30. Start je show, dah nampak muka gelabah Yen. Hehe..takut sebab keadaan dalam dewan gelap plus sound effectsnya. Tapi, at last dia mula enjoy the show. Dah start nampak dia gelak-gelak, senyum-senyum sendiri. Tapi, budak bertuah tak lama enjoynya. Tengah2 show, dah nampak 'keboringannya'... Sibuk cari papanya..

It was a 2-hour show, so dalam pukul 5 ended. After that, Yen requested to get some of the Upin Ipin merchandise, dan hajat dihati nak bergambar dengan character2 Upin Ipin dan kawan-kawannya tu. Sekali lagi budak bertuah tu dah tarik tangan ajak balik..huhu. Mama dia yang frust, tak dapat bergambar dengan Ehsan - my favourite character..ahaks.

Overall, I rated it 4 stars! Kenapa bagi 4 je?? Lagi satu tu kelemahannya, some parts quite boring la jugak..


note: kena bawak Yen ke Disney on Ice kot baru dia tak boring...huhu..

Wednesday, May 2, 2012

PTD Exam!

Assalammualaikum

Semalam terkezut bila dapat SMS dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 'Tahniah! Anda dijemput untuk menghadiri Peperiksaan bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41 pada 12 Mei 2012'. Mula-mula ingatkan scam SMS, tapi bila check website SPA, memang betul dapat! Tak sangka...



Mesti korang ingat, ala..exam je, apasal nak terkezut2? Kalau korang nak tau, it's not easy to get opportunity to sit for this exam tau... My cousin yang dah grad since 2008, sampai sekarang tak dapat peluang untuk sit for this exam. Tapi aku, yang saja2 isi form SPA ni last month, tetiba je terus dapat sit exam! Alhamdulillah...rejekiiii... :)

Ada yang tanya. PTD tu apa? 

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK 

Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.


note: hhhmmm...still tengah timbang menimbang...nak pegi ke tak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...