Thursday, June 30, 2011

Kancil...makeover

Assalammualaikum...


This time around nak cerciter pasal my kancil yang setia bersama aku semenjak tahun 2002 sampailah sekarang. Selama 9 tahun bersama si kancil, tak pernah dia meragam, berkhidmat dengan jayanya. Akhirnya, pada tahun 2008, aku telah bertekad jadikan si kancil hak milik aku sepenuhnya...and now...she's mine. So, biasalah kan, bila dah hak mutlak milik kita..sesuka hati aku memakeoverkan dia...tp bukan idea aku sebenarnya. Ni semua hasil dari idea kreatif encik hubby yang memang pakar bab modify2 ni...banyak kakilah katakan..




Buat kengkawan aku yg pernah naik si kancil ni sampai ke Cameron Highlands nun..inilah dia kereta kecil yg berjaya memuatkan 5 orang anak dara termasuk bunga-bungaan Cameron..hehehe. Banyak sungguh jasa si kancil ni pada aku..sentimental value..takkan ku jual..




Ramai bertanyakan, kenapa tak tukar kaler baju si kancil? Hehe..dalam perancangan. Dalam masa terdekat..sekarang ni dalam proses nak cari kaler yg sesuai..pink kah? purple kah? tungguuuuuu....



Semenjak dah bertukar rupa ni..ramai pulak yang bertanyakan si kancil. Maaflah ye, ia takkan dijual..Actually, si kancil yang dulunya standard, sekarang dah ditukar ke Mira Moderno...ntahlah aku pun tak berapa paham sangat...




note: sentiasa nak si kancil di depan mata....sayanggggg si kancil :)


Sunday, June 26, 2011

Maharaja Lawak 2011

Program Maharaja Lawak terbitan Astro yang bersiaran selama 14 minggu berakhir malam tadi dengan gelaran juara sulung diraih kumpulan Sepah, gabungan tiga anak muda dari Johor yang mengulangi kejayaan menjuarai program realiti Raja Lawak musim ketiga. Sepah yang dianggotai Mohd Noor Murad, 26, (Mamat); Shahmira Muhammad, 27, (Shuib), dan Mohd Nadzri Zainal Abidin, 26, (Jap) membawa pulang hadiah wang tunai RM350,000 selepas mengetepikan saingan tiga peserta lain sepanjang program disiarkan.


Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM250,000 diraih kumpulan Jozan gandingan Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 27, (Johan) dan Mohd Razizan Abdul Razak, 27, (Zizan). Peserta solo tunggal, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sekadar berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang RM150,000 manakala kumpulan Jambu dianggotai Yussry Edoo, 35, (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria, 35, (Tokey) di tempat keempat dengan hadiah RM50,000.


Program itu yang dilangsungkan di Stadium Malawati, di sini diadili juri profesional, iaitu pengarah terkenal, Mamat Khalid dan Ahmad Idham serta pelakon komedi, Saiful Apek yang mewakili undian sebanyak 50 peratus, manakala markah selebihnya ditentukan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton. Maharaja Lawak adalah program realiti komedi terbesar yang menghimpunkan sebahagian daripada juara antara juara program Raja Lawak yang mula disiarkan pada 2007 dan memasuki musim kelima, tahun ini. Bagaimanapun, siaran akhir hanya dapat ditonton oleh mereka yang melanggan saluran Astro Warna 132.


note: aku penyokong JOZAN...tapi apapun..diorang semua the best...cayalahhhh...peace yoooo!!!!

Saturday, June 25, 2011

Shadzreen's 2011 Sports Day

Assalammualaikum..


Hari ni sekolah Shadzreen, Q-dees mengadakan Sports Day di Dewan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) di Sg. Merab, Bangi. Anak-anak zaman sekarang ni, manja-manja belaka. Dah tak nak merasa panas terik matahari masa bersukan. So, sukan Q-dees ni dibuat di dalam dewan...siap air-cond tuu..Nothing much to story morry..just enjoy the pictures..





- Shazreen menang 1st place -


- wakawaka dance: sooo cute -


- Tu kelas Shadzreen: En-einstein -


- tengah tunggu giliran nak start the game -





note: enjoy tengok gelagat budak-budak ni..sooo happening!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...