Monday, December 14, 2009

Something about my princess..


Salam...


In the midst of packing things untuk berpindah end of this month, came across with some old pictures of my dearest daughter. Once tengok these pictures, I just can't imagine how much the time passes-by so fast and suddenly.... she's now 3 years old! Still terbayang2 keadaan labour room, the nurses and gynae faces, wayar yang berbelit2 seluruh badan..*coz I took epidural, but the most unforgetable moment was during the hard time untuk lahirkan dia...subhanallah...


The question now is....will the precious moment akan berulang kembali? The answer is YES, insyaallah....depends on our rezeki...my princess needs someone to play with..but when??? I can't tell it...let the time decide...okie dokie...




Thursday, December 3, 2009

My 4th Anniversary


When years are passing by like days,
and in my hand your hand is placed,
a knowing smile crosses your face,
a simple touch can still make my heart race.
When I can see my soul in your eyes,
and you see your soul in mine we realize,
that a love so deep can harbor no lies,
where our only tears shed were happy tears we've cried.
I love you as much now as I ever did before, if possible,
I may even love you more,
all starting from a feeling we did not ignore,
a feeling of connection we chose to explore.
I don't know what it is that you saw in me,
what I saw in you was the utmost happiness that can ever be,
even more so on the day when you and I became "We",
I can still smile and say with love and truth Honey,
I love you...Happy our 4th Anniversary.

Friday, October 30, 2009

Taman Impian Putra....here we come...

my house is near to the lake
Alhamdullillah....just a received a letter from developer...my house is duly completed. Need to collect the key and do some cleaning works...and we can move in by end of this year. Insyaallah, celebrate new year 2010 at our new house..

Tuesday, October 27, 2009

At last...we meet again

Thank you facebook for giving us opportunity to reunite again..Setelah hampir 16 years aku terpisah dari my beloved old friends in my old school in Taiping, finally aku berjaya jejaki diorang. Dah macam-macam cara aku try to locate korang...tapi failed aje...but using facebook...I managed to meet my friends and all of my best friends in Treacher Methodis Girls School, Taiping. Thank God! Special dedicated to Sharifah, Hasnida, Jarina, Azizah, Isma, and Rafidah....I really...really...miss u all..Kenangan kita semasa alam persekolahan sentiasa aku semat dalam hati...

Inilah logo sekolah kebanggaan ku dulu..

some info of the school..


Treacher Methodist Girls School (currently known as SMK (P) Treacher Methodist) is one of the earliest all girls’ new school to be established in Malaysia. It is one of the popular schools in Larut, Matang and Selama district. It is situated in a quiet and calm area. This is one of the reasons parents are keen to send their children to this school. This school is strategically situated nearby historical as well as important buildings such as the Museum (which is the first in Malaysia), the Lake Garden, Taiping Prison as well as the first Railway Station of Malaysia.This school was established in 1889 by Methodist Missionaries.


Monday, October 19, 2009

Greetings..on 17 Oct 2009


Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...



Happy Deepavali to all my Indian friends out there..
May this Diwali gives you all happines and prosperity...


My delicious secret recipe birthday cake..


My birthday present from my lovely husband..
Thanks dear..





Monday, October 12, 2009

Accident...

Last Thursday, 8 October 2009, at 8.30 a.m., my beloved hubby terlibat dalam satu kemalangan and was admitted to KPJ Kajang Specialist Hospital due to his injury. At that time, aku tengah bersiap untuk attend kuliah, then I received a sms from my husband saying that he was accident dekat simpang komuter UKM, which is still under construction.


Accident tu melibatkan my hubby's bike (gambar atas) dengan sebuah Myvi, yang dipandu oleh seorang PEREMPUAN...seorang nurse di Pusat Kesihatan Kerajaan di Semenyih. Actually, aku pun tak tau macammana nak explain tentang punca kejadian, tapi apa yang dapat aku katakan, punca semuanya disebabkan sifat tak sabar dan terburu2.


Actually, simpang tu still under construction, so jalan quite busy and jam especially waktu peak hours. Alhamdullillah, my hubby taklah serious sangat, cuma tulang punggung retak but no need to operate, it will heal by itself. All that he need is to have enough rest and minimize his movement. Tapi yang tak bestnya...since his bike dah accident, so, he intend to buy other bike which is bigger than this...my hubby says.."Lagi besar motorbike, lagi kecil risknya...."..hmmm..entahlah...

Friday, October 2, 2009

Happy Birthdays..



Happy belated birthday to my beloved mother, Amisah Bt. Ngati. Her birthday was yesterday 1st October...Happy 56th Birthday Mak!

and

Happy birthday to dearest youngest sister, Norsuliza Bt. Mohd Isa. Her birthday is today, 2nd October...Happy Sweet 15th Birthday!

May Allah Bless both of you dunia dan akhirat....dan dimurahkan rezeki..amin..

Thursday, October 1, 2009

Kronologi Hari Raya 2009

Khamis, 17 Sept


Start packing barang untuk balik ke kampung hubby di Perlis.




Jumaat, 18 Sept

Bertolak dari Bangi 4.30 petang. Singgah di Ipoh 7.00 petang (rumah mak ndak hubby), berbuka puasa dan berehat sekejap. Bertolak dari Ipoh 10.00 malam, sampai di Kangar, Perlis, 2.00 pagi. Letih tak terkata....badan sakit-sakit.

Sabtu, 19 Sept

Tiba di kampung hubby, 2.00 pagi. Sempatlah rasa bersahur dan berbuka puasa dengan tok tersayang.


Ahad 20 Sept (Hari Raya Pertama)


family hubby


Isnin, 21 Sept (Hari Raya Kedua)

Aktiviti berjalan-jalan dan makan seafood di Kuala Perlis sambil membeli belacan dan sagon di situ.



Selasa, 22 Sept (Hari Raya Ketiga)


Aktiviti hari raya ketiga ni agak unik, iaitu aktiviti menyembelih, melapah, memanggang dan memakan arnab belaan pak cik yang melambak-lambak tu. Tapi disebabkan aku tak sanggup melihatnya, so aku tak snap gambar.....sedih woooooo....


Rabu, 23 Sept (Hari Raya Keempat)

Aktiviti bershopping di Padang Besar dan melawat taman burung Ostrich.



Khamis, 24 Sept (Hari Raya Kelima)

Menaiki keretapi dan berjalan-jalan di dalam Gua Kelam, Perlis.



Jumaat, 25 Sept (Hari Raya Keenam)

Bertolak dari Kangar pada 3.30 petang, sampai di Ipoh 7.30 petang, makan malam dan berehat. Bertolak dari Ipoh, 10.30 malam, tiba di Bangi, 3.00 pagi.

Salam Eid-ul-Fitri

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin
dari kami sekeluarga
- Hadzrul Fitri, Norshahida, Shadzreen Nadzirah -

Wednesday, September 16, 2009

Air Tangan Sendiri...




Alhamdullillah...

Akhirnya, aku berjaya snap some pics hasil dari air tangan sendiri...Compared to masa bekerja dulu, aku banyak membeli juadah berbuka rather than memasak. Apa tidaknya, perjalanan dari office di KL ke Bangi, ditambah lagi dengan jalan raya yang jammed teruk, and even sometimes tu kena berbuka dalam kereta. So, peluang study leave ni, aku gunakan untuk memasak sendiri juadah berbuka untuk aku dan hubby tercinta.

Those picture was taken last weekend, menu utama hari tu ialah nasi ayam berempah, which is one of hubby's favourite dishes, dan menu sampingan was tauhu goreng sumbat.

Insyaallah, kalau takde aral melintang, ramadhan tahun ni will be the last ramadhan yang aku sambut ketika sedang study leave. Next ramadhan, I will be back to the office and akan menjalani kembali kehidupan ramadhan sebagai career woman...Rindu sangat nak jumpa colleagues dan sahabat2 baikku kat office.


Monday, September 7, 2009

Biskut Raya 2009...bhgn 1


Alhamdulillah...semalam cuti Nuzul Quran, so sempatlah buat satu jenis biskut raya...biskut sarang semut. Actually, biskut sarang semut ni memang favourite aku since zaman budak-budak dulu. Kalau pegi beraya rumah orang, 1st of all, aku akan cari biskut ni dulu, kalau takde, barulah cari biskut-biskut yang lain.


Nak buat biskut ni agak leceh sikit, sebab it takes quite a long time, sebab kena parut memarut. That's whylah aku jarang tengok biskut ni dijual. Tapi disebabkan biskut favourite aku sanggup buat apa saja... Dengan bantuan adik aku, dan tanpa gangguan dari Yen, at last aku berjaya hasilkan 2 flavours: satu perasa vanilla, dan satu lagi perasa coklat...harap-harap sedaplah. Almaklumlah buat masa tengah berpuasa, so mana boleh rasa merasa.


Insyaallah, biskut raya yang kedua akan menyusul. Bahan-bahan semua dah ada, cuma tunggu masa dan hari yang sesuai je...so, tungguuuuuuuuu....



Friday, September 4, 2009

Happy Birthday Papa & Yen..




Today is the most special day for both my beloved person, my husband and my princess. Both of them are sharing the same birthday...050909.


For my beloved husband...happy birthday..you're getting older now...heheh...may Allah bless you in your undertaking...dimurahkan rezeki...dan diberikan tubuh badan yang sihat...my love to you will last forever...


To my lovely little princess, who turns 3 today...mama love you....sangat..sangat...Be a good girl..next year pergi sekolah yek...

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Hari Merdeka



Lagu 1 Malaysia


Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan


Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu malaysia untuk semua

Friday, August 28, 2009

Just Arrived!


just arrived!
Got sms from estee lauder...These 2 products dah ada kat outlet Parkson, Alamanda. Disebabkan yang ada pun dah nak habis...plus nak tambahkan collection yang ada..so, i'm going to estee to grab those stuff...lagipun dah nak raya kan...lagipun semenjak study ni...dah lama tak menempek2 dan melukis2 muka ni...hehe...nak melaram sikit raya nanti....apa salahnya kan..





Sunday, August 23, 2009

Weekend Activity

Hari ni dah masuk 3rd day kita berpuasa...alhamdulillah...setakat ini aku berjaya menjalani ibadah puasa selain membuat amalan2 tambahan dengan jayanya tanpa 'masalah'..hehe...'masalah' yang aku maksudkan tu...pepahamlah yea...masalah orang pompuan...
Alhamdulillah, tahun ni 1st and 2nd day puasa adalah weekend holiday. So, dapatlah berbuka dengan juadah2 yang agak istimewa. Kalau weekdays tu...jgn haraplah boleh masak special dishes...selalunya tapau je dari bazaar ramadhan..
Okay..meh aku citer sikit aktiviti berbuka puasa weekend lepas..1st day berbuka, aku sekeluarga berbuka dengan keluarga mertua. Main course, iaitu nasi tomato, mak mertua yang masak..tp kitorang top upkan dgn juadah tapau bazaar je...
2nd day berbuka pulak, berbuka dgn keluarga mertua jugak...tp kali ni aku yg jadi tuan rumah. Main course aku, nasi impit dgn ayam masak palembang dan juga kuah kacang. Ni favourite dish husbandku...Mula2 aku ingat macam tak cukup je makanan utk berbuka..tp bila ditambah2 dengan juadah yang ditapau dari bazaar ramadhan...penuh jugaklah meja makan...apa pun alhamdulillah...syukur nikmat dgn rezeki yg Allah berikan...
sorrylah...nak snap gambar masakan aku tu...tp tak berkesempatan...sibuk melayan tetamu...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan..


Selamat tinggal Syaaban....selamat datang Ramadhan...
Setahun menunggu kedatanganmu....alhamdulillah diberikan peluang untuk merasai nikmatmu...Semoga Ramadhan tahun ini dapat menyucikan dan memperbaiki hati ini...
Semoga segala amalan yang bakalku lakukan akan diterima olehMu...Amin..
Azam Ramadhanku tahun ini: khatam 30 juzuk Al-Quran...Insyaallah....


Thursday, August 13, 2009

Majlis Konvokesyen UKM ke-37

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (DECTAR) akan berlangsung Majlis Konvokesyen UKM ke-37. Konvokesyen diadakan sebanyak 10 sidang melibatkan 7,674 orang penerima pelbagai anugerah termasuk 5 Profesor Emeritus dan 2 Ijazah Kehormat.

Pada pagi 15 dan 17 Ogos ini, iaitu sidang pertama dan kelima, majlis akan dipengerusikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor baru UKM. Dari jumlah 7,674 graduan, 207 adalah penerima Doktor Falsafah, 174 penerima Ijazah Sarjana Kepakaran Perubatan dan Pergigian, 1357 penerima Ijazah Sarjana, 5,607 penerima Ijazah Sarjanamuda, 251 penerima Diploma Siswazah, 77 penerima Diploma dan seorang penerima sijil.

Pada konvokesyen kali ini, UKM memberi penganugerahan kepada 7 orang tokoh yang banyak menyumbang khidmat dan tenaga kepada universiti, masyarakat, dan negara khususnya selain cemerlang dalam bidang yang diceburi. Seramai 2 orang penerima Ijazah Kehormat iaitu Dato' Dr. Hj. Mohd Ariffin Hj. Mohamed (pergigian) dan Dato' Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim (Kejuruteraan). 5 orang penerima Anugerah Profesor Emeritus/Emerita iaitu, Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Embong, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Anuwar Ali, Prof. Chamsuri Siwar, Prof. Dato' Dr. Noramly Muslim, dan Prof. Datin Dr. Norella Kong Chiew Tong.

Seramai 2 graduan menerima Anugerah Pelajaran Diraja (APD), iaitu Nur Najwa Abdul Rahman (Pengajian Islam) dan Chrissie Lim Hsin (Undang-Undang). Seramai 2 graduan menerima Anugerah Tun Abdul Razak, iaitu Salwana Jusoh @ Yusof (Pendidikan) dan Yew Su Mei (Sains dan Teknologi). Anugerah Naib Canselor pula diterima oleh Adilah Zaira Abu Bakar (Kejuruteraan).

Tahniah kepada semua graduan Konvokesyen UKM ke-37!

Monday, August 10, 2009

Swine Flu

Recently, there were too many deaths that we've heard. Either by tv, radio, newspaper, magazine, blog, and others. Every single day, there will be a sad news. For me, I've taken several actions to protect my family from being infected by the virus, especially my little princess, who is having an asthma.

I've been told by my daughter's paed that the asthmatic person have the highest risk to be infected by the swine flu virus. That's why nowadays, I've limited our 'shopping', which is one of our routine weekend activity. I'm trying to prevent my daughter from being expose to the public. 'Prevention is better than cure' kan....So, to all my friends out there...I always prays for your family and your health. May Allah protect us from this killing virus....Amin..

Monday, August 3, 2009

My House..


- 2 unpaid models checking the house-


This if my new house which has been 90% completed.
Insyaallah, if everything runs smoothly as scheduled, this year dah boleh masuk.
Just waiting for the CF and final touch kat rumah tu...
I'm quite upset sebab we all target nak celebrate Hari Raya this year kat rumah baru, tp takpelah...as long as the house completed dan takde masalah, it's fine for me...

Wednesday, July 22, 2009

A Gift for Yen

-PS 3006-
As a token of our guilty to Yen for being busy throughout this year,
we decided to give her a new version of Playstation,
so that she will think of us, whenever she play with it.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...