Tuesday, March 30, 2010

My Vantage is arrived!

Akhirnya...vantage yang aku order since October 2009 sampai jugak ke rumah. Bukannya apa, mengikut janji manis yang diberikan oleh puan agent ni, dia kata vantage ni akan dapat paling lewat December 2009, tapi disebabkan dah sepi tanpa khabar berita almost 3 months after 2009, aku pun dah tak menaruh harap untuk dapat lagi..
But then, last saturday, dapat call from this 'agent' kata.."vantage yang u order tu dah ada kat rumah I, kalau nak datang amik, silalah yea.."Hilanglah sekejap segala stress yang aku ada ni..Altogether ada 6 set: dinner set, tea set, casserole set, warmer set, fork & spoon set and cookies jar set.
note: lega....vantage dah dapat...lepas ni target correlle pulak...ahakss

Wednesday, March 17, 2010

Al-fatihah...

Al-fatihah buat nenda tercinta (sebelah ayah) yang pulang ke pangkuan Ilahi tepat 8.45 malam, 14 Mac 2010. Setelah sebulan keluar masuk hospital, akhirnya arwah telah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang disamping anak perempuannya (mak jang).

Apa yang menyedihkan aku ialah, masa arwah sedang nazak, semua anak-anaknya sedang dalam perjalanan balik dari menghadiri kenduri perkahwinan sepupu aku (anak mak tih) di Kuala Terengganu.
Mujurlah aku, tiba-tiba tergerak hati nak balik ke Rawang, untuk ambil parents aku, ke rumah aku di Bangi ni. Petang ahad tu, dalam 10 minit kami sampai ke rumah, terus dapat emergency call dari mak jang, bagitau yang tok dah meninggal...Dalam keadaan dia yang tengah teresak2, kami tak tanya banyak...terus bersiap ke Langat.
Bagi aku sekeluarga, belum pun reda kesedihan kehilangan tok (nenek) sebelah mak pada Disember lepas, kami dikejutkan pula dengan kehilangan tok sebelah ayah. Benarlah kata pepatah ajal maut ditangan Tuhan...
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kenangan bersama arwah sentiasa terpahat dalam hati aku...Kini, aku tak ada lagi tok untuk bermanja dan bergurau.
note: lepas ni tak ada lagi kedengaran suara tok memarahi aku dalam loghat negeri sembilannya :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...