Tuesday, March 17, 2015

Assalammualaikum..

Last weekend, attended majlis perkahwinan adik sepupu. Bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat pada malamnya, diikuti dengan majlis akad nikah pada sebelah pagi, dan tengahari, acara kemuncak, bersanding.

Tahniah buat adik Ina dan suami. Semoga berbahagia sehingga ke jannah..amin.

Separuh dari family yang hadir

Penyanyi jemputan tak berbayar..
Hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak lelaki

Makan beradab
Sempat lagi bincang isu semasa

Hantaran dari pihak lelaki


Saturday, March 7, 2015

Cik Miko...ahli keluarga baru

Assalammualaikum.. Lama sangat2 tak berblog ni. Tiba2 rindu pulak kat blogku yang dah usang ni..hehe. Oklah, nak buat 'come back' ni..chewah..

Tahun 2015, ahli keluargaku bertambah. Dari ber-3, sekarang dah ber-4! Hihi...cepat je beranak kan...haha

Si muka penyek

suka buat aksi tak senonoh

Posing sikit

Tada...ni dia ahli baru tu..cik Miko. Kucing Parsi baka Exotic Low Nose Persian. Manja, umur dia 5 bulan lebih. Dia ni penjaga rumah bila kitorg pegi kerja. Mula2, takut jugak nak tinggalkan dia lepas dalam rumah. Takut berkecai barang2 rumah. Tapi, alhamdulillah, Miko lulus ujian hari pertama. Balik kerja, barang2 still tersusun macam biasa. Good girl, Miko!

Tuesday, October 9, 2012

Birthday Mak yang ke-59

Salam kawan-kawan..

Ye..saya tahu blog saya ni dah berhabuk...berlapuk...berkarat dan segala-galanya lah..heheh. Gitulah yang terjadi bila penyakit M.A.L.A.S datang menyinggah...hahahaha

Terpanggil untuk buat entri sempena birthday my Mak yang ke-59 tahun pada 1st October lepas. Actually nothing special sebenarnya, cuma saje bawa Mak ke suatu tempat as a 'surprise birthday gift'. My Mak ni passion dia pada flowers, so tetiba terpikir nak bawa dia ke ladang Orkid di Bandar Tasik Puteri, Rawang ni. Rambang mata dibuatnya tengok orchid2 yang segar bugar..

Dah duduk dalam ladang, rasa macam tak nak balik..hehe

Note: Happy Birthday Mak...we love you. Hopefully dia suka orchid2 tu..

Monday, May 21, 2012

Mother's Day Celebration

Assalammualaikum..

Hehe..memang selalu tertinggal train kan..
Hari Ibu dah lama lepas..
tapi baru hari ni nak update blog. hahaha.
Redha jelah...

- Yen's mother's day artwork -

- budak yang bangga dengan artwork dia -

- dinner with mak tersayang -






note: sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup di muka bumi ini..

Thursday, May 17, 2012

Sudahkah Anda Mendaftar?

Assalammualaikum..

Rata2 sekarang, pergi mana2 pun orang sibuk bercakap pasal pilihanraya. Ada yang kata akan dibuat pada bulan Jun dan ada pulak kata lepas raya. Tak kisahlah bila2 pun, yang penting sebagai rakyat Malaysia kita cuma perlu bersiapsedia..Tunggu je announcement Parlimen dibubarkan.

 - mine -

- hubby -

Baru2 ni one of my friend tanya, macammana proses nak tukar alamat sbb she and her husband, on previous election, diorang mengundi tempat berasingan. She kat Bangi, and her husband kat Kuala Selangor..huhu, but lastly end up..her husband tak mengundi, alasannya jauh. Kan dah rugi satu undi!!

Hopefully info2 kat bawah ni dapat membantu kawan2 yang masih blank on the prosedur tukar pusat mengundi. Nak tahu details pegi sini ye..



Note: Marilah mari...pergi mengundi...tunaikan kewajipan kita...pada negara...



Tuesday, May 15, 2012

Kesian dia...

Assalammualaikum..




- Taby boy yang demam selsema -


note: kesian taby boy...berjangkit dari namy boy ler ni..huhuhu



Monday, May 7, 2012

Upin dan Ipin the Musical

Assalammualaikum




Last Saturday, went to Istana Budaya to watch the Upin Ipin the Musical. Just Yen and me! Papanya ada agenda sendiri di Low Yatt. Fuh! berpeluh gaklah nak sampai sana even kereta ada aircond..hehehe. Almaklumlah, Sabtu lepas kan cuti Hari Wesak. All roads heading to KL jem teruk. Nasib baiklah Encik Hubby yang drive, sudi menghantar 2 perempuan kesayangannya ke Istana Budaya. Haha..Disebabkan dia yang drive, dia teror cari jalan shortcut. Kalau harapkan aku, show pukul 3 petang, alamatnya pkl 5 baru sampai. Hehe..


Nasib baik sampai on time. Tapi biasalah kan, ada masa bertenang, so show pukul 3 drag ke pukul 3.30. Start je show, dah nampak muka gelabah Yen. Hehe..takut sebab keadaan dalam dewan gelap plus sound effectsnya. Tapi, at last dia mula enjoy the show. Dah start nampak dia gelak-gelak, senyum-senyum sendiri. Tapi, budak bertuah tak lama enjoynya. Tengah2 show, dah nampak 'keboringannya'... Sibuk cari papanya..

It was a 2-hour show, so dalam pukul 5 ended. After that, Yen requested to get some of the Upin Ipin merchandise, dan hajat dihati nak bergambar dengan character2 Upin Ipin dan kawan-kawannya tu. Sekali lagi budak bertuah tu dah tarik tangan ajak balik..huhu. Mama dia yang frust, tak dapat bergambar dengan Ehsan - my favourite character..ahaks.

Overall, I rated it 4 stars! Kenapa bagi 4 je?? Lagi satu tu kelemahannya, some parts quite boring la jugak..


note: kena bawak Yen ke Disney on Ice kot baru dia tak boring...huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...