Assalammualaikum..
Anda pernah pi Perlis Indera Kayangan? Jawapan yang selalu aku dapat bila tanya soalan tu: Ada apa kat Perlis tu? Almaklumlah, negeri kecik. Pi mai pi mai sampai tang tu jugak..hahahah. Memandangkan Encik Hubby kampungnya di Perlis, maka memang selalulah aku ke sana. Actually, macam2 gak tempat menarik kat sana. Kiranya pi sana adalah jugak xtiviti yang boleh di buat. Kat sini aku senaraikan beberapa tempat menarik..
1. Taman Herba
Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi.
2. Taman Rekreasi Gua Kelam
Gua Kelam, merujuk kepada 370 m panjang gua batu kapur yang terletak di bandar kecil Kaki Bukit. Memasuki Gua Kelam perlu melalui jambatan gantung. Perjalanan sepanjang melalui jambatan tersebut merupakan suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan, juga memberikan suatu pengalaman mencabar dan membuat pengunjung teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gua Kelam. Sungai bawah tanah mengalir di kaki gua batu kapur tersebut sepanjang 1/3 panjang dan boleh berpiknik gitu..
3. Taman Ular
Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan 9 spesies dari luar negara. 10 spesies ular di taman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Disinilah terdapatnya pelbagai spesies ular yang boleh dilihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. *kalau untuk orang penakut ular, macam aku...baik tak yah yer..
4. Tasik Melati
Tasik Melati ni merupakan sebuah tasik kecil tetapi sungguh permai..chewah. Bertempat di kawasan paya tanah rendah dan lokasinya lebih kurang 8km timur dari Kangar. Tasik Melati ialah sebuah tasik yang cetek. Lebih daripada 150 tebing pulau dapat dilihat dari Tasik Melati. Bagi pengunjung yang ingin menikmati pemandangan dengan lebih dekat...jangan risau..sampan disediakan.
5. Gunung Medan
Ha! kat Perlis pun ada Gunung Medan tau. Bukan kat Medan je ada Gunung Medan..hehe. Gunung Medan ni 6km dari selatan Kangar. Merupakan batu kapur yang berketinggian 300 kaki dan menjulur ke permukaan tanah. Pengunjung dapat ke Gunung Medan dengan menaiki kereta, kemudian berjalan untuk mendaki sampai ke puncak *kalau larat laaa
6. Wang Kelian
Kat Perlis ni macam2 nama yang pelik2. Salah satunya tempat ni, Wang Kelian. Tapi tempat ni sebenarnya adalah tempat shopping..Berdekatan dengan sempadan Thai, kat post imigresen tu..sebelah kaki di Malaysia, sebelah lagi di Satun, Thailand. Selain itu ia juga merupakan kawasan eko-pelancongan. Di dalam Hutan Simpan Mata Ayer tu kaya dengan fauna, burung, mamalia dan reptilia. Jungle tracking pun boleh..bermula dari kawasan perkhemahan hingga ke Gua Wang Burma..
7. Hutan Lipur Bukit Ayer
Kalau rasa2 nak bermandi-manda di air terjun yang sejuk nan indah, silalah ke hutan lipur Bukit Ayer. Merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai xtiviti rekreasi. Ia merupakan satu lokasi yang ideal untuk tujuan berkelah dan berehat.
So, takdelah Perlis ni negeri yang membosankan kan?? Takdelah teruk sangat kan?? hahhaha..Anyway, bagi mereka yang sukakan keindahan mother nature/alam semulajadi, memang sesuweiiiiii sangat2 datang ke Perlis ni..*wah, ni macam kena mintak komisen dari menteri besar Perlis, sbb promotekan negeri Perlis ni..heheh
note: jom pakat ramai2...pi Perlis no...eh lupa nak bgtau utk makluman lanjut pegi sini ye..
2 comments:
tu tulis pasal perlis
dah habis melawat perlis tak??ha ha ha
sebab dah ler aku promote..
Post a Comment