Thursday, March 29, 2012

Earth Hour 2012

Assalammualaikum..



Sure korang dah tau kan apa itu Earth Hour? Kalau tak tau atau tak sure...sila google ye.. Aku ni dulu memang suka menjoinkan diri dengan aktiviti-aktiviti memelihara bumi ni. Dulu masa kat sekolah, aku ni ahli Kelab Pencinta Alam. Kalau pegi sekolah lama tu, sure nampak pokok-pokok yang aku dan kawan-kawan tanam sekeliling sekolah. Bangga okay...hehehe. Selain tu, aku juga aktif dalam Persatuan Geografi sekolah. Macam-macam competition masuk. Semua ni datang sebab aku minat sangat dengan bentuk muka bumi dunia ni. Unik...so, dengan cara macam tu jelah aku dapat explore..nak jadi Geologist...result sains kurenggg...

Sekarang ni, hhhmmm...aktif lagi ke? Aktif tapi taklah seaktif dulu...aku cukup tak suka kalau nampak orang buat pembakaran terbuka. Baru-baru ni kejadian berlaku kat area taman perumahan aku. Mostly yang buat pembakaran terbuka ni, kedai-kedai pengumpul besi buruk.. so, apa lagi..snap gambar pastu email kat MPKJ dan Jabatan Alam Sekitar. So, further action terpulanglah kat diorang kan..kalau rasa makan gaji buta..so, tak yah take action...chewahhh..

So, conclusionnya, nak ajak kawan2 menyahut kempen Earth Hour ni..tak lama pun sejam je..dari 8.30 - 9.30 pm. Bila?? 31 March ni, hari Sabtu ye... Marilah kita sama2 kurangkan masalah Global Warming ni...utk anak cucu cicit kita nanti jugak...


note: teruja sebenarnya...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...