Thursday, April 14, 2011

Yen's School Trip

Today, 14 April 2011 is Yen's school trip. They went to 2 educational and interesting places: Hi5 Bread Factory and Pusat Sains Negara. Few days before the trip pun dah excited sangat2. Everyday mentioned the same thing..







di Pusat Sains Negara:







No wonder teachers buat trip ke Pusat Sains Negara....ada Dinos alive rupanya. Looks great...rasa macam nak pergi pulak..hehehe





note: mama and papa pun tak pernah sampai to that 2 places nak oooiii...


Saturday, April 9, 2011

Dengki ke???

Salam..




Kali ni aku menulis dalam keadaan penuh emosi *dari bunyi tajuk pun dah tau kan? Bukannya apa, tajuk ni keluar sbb baru-baru ni ada yang 'sound' kata mostly blog aku ni macam nak menunjuk2 kemewahan dan kesenangan hidup aku. Hellooooooo....kalau ko rasa blog ni mengganggu hidup ko...silalah keluar dari blog ni dan baca blog2 kawan-kawan ko yang lain *aku tak hard-up pun kehadiran ko menjengah blog aku kalau setakat nak menyakitkan hati.


Bila pikir balik, entahlah kan...dalam dunia ni ada juga orang yang dengki dgn kemewahan dan kesenangan orang lain. Aku perhatikan sifat tu ada pada orang-orang di sekeliling aku..kawan-kawan mahupun sedara mara aku sendiri. Kenapa macam tu ye? Kalau ko tak dapat kemewahan dan kesenangan yang orang lain dapat...kenapa perlu dengki?? Berfikirlah secara positif...itu rezeki dia...Ini tidak, disembur dgn kata-kata yang menyakitkan hati, dan yang paling teruk, siap ada yang buat fitnah..cthnye: 'hah..beli semua tu dari hasil duit tak betul la tu.." Masyaallah, dahsyat sungguh fitnah tu...


So, bagi 'manusia' yang pernah dengki dengan aku...tak ada apa yang mampu aku cakap selain dari alhamdulillah....terima kasih atas kata2 fitnah tu...hanya Tuhan mampu membalasnya. Bagi aku, kesenangan yang Allah berikan pada aku dan suami, kami balas dgn rasa penuh kesyukuran. Tak pernah terniat di hati kami untuk menunjuk2...Setiap orang telah Allah tetapkan rezeki masing-masing. So, redhalah dengan ketetapannya..



note: perasaan 'dengki' dgn 'org melayu'..mmg tak dapat dipisahkan..



Saturday, April 2, 2011

Q-dees Parents-Teachers Day

It was yesterday...Went to Yen's school and had a lively informal discussion with her class teacher, teacher Rozeline. Her results on the progressive test:


Can be categorized as 'Excellent Results'...tapi yang tak bestnya...her result in BM was B yang lain semuanya A. Hmm..wondering why this happened. Even teacher Rozeline pun mentioned that Shadzreen's BM is not good as her English.



Thursday, March 24, 2011

I've got it!

Actually, dah lama mengidam benda ni..tapi takdelah tahap critical sangat. Nak dijadikan cer citer..masa last day course kat Equatorial Hotel semalam, ada lucky draw. Disebabkan tak berapa lucky...so aku dan sahabat sorang ni tak dapat apa2. Tapi ada sorang lagi sahabat dapat jam berjenama Swatch..congrats beb. So, balik dgn encik hubby..cer citer la kat dia kejadian di tempat course tu. Tiba2 dia cakap "I've bought u something. Dunno u like it or not".



- nilah dia bendanya, Ipad -


Terkedu kejap..."Maunya tak suka".....Time ni sayanggggg sangat kat cik abang... hehehe

Monday, March 14, 2011

Risaunyaaa....


Feeling down today...plus worried, sebab dari semalam my little kitty, Gegirl tak balik rumah. Semalam balik kerja terus buka cage dia..memang selalu kitorang lepaskan dia sbb kesian pulak tengok dia dok dalam cage je seharian. But so far, dia tak pernah pergi jauh..kalau keluar pun dalam pkl 10 or 11 malam dah balik rumah. Tapi semalam tunggu2 tak balik2...risaunye....mana si gegirl pegi ni???
note: dah pandai ber'kawan' dah sekarang ni...huhu


Wednesday, March 9, 2011

Kesian Yen...

Hari ni amik Emergency Leave..bukannya aku yang sakit, tapi anak dara ku nan sorang tu. Semalam, masa amik dia dari rumah MIL, dah perasan dah mata sebelah kanan kemerah-merahan. Bila tanya Yen, gatal tak, dia kata gatal. Tak expect anyting serious pun, maybe kena gigit serangga kot. Tapi pagi tadi masa nak siapkan Yen ke sekolah, tengok mata dia bengkak giler...sampai tak boleh bukak sebelah. Uish, apa lagi...terlintas dalam kepala, "sah kena sakit mata dah anak aku ni". For confirmation, bawalah dia ke klinik. Sah! Conjunctivitis a.k.a sakit mata..


note: teringat lagi experience Yen kena sakit mata masa berumur 6 bulan...seksanya tengok dia menahan sakit masa tu..

Saturday, March 5, 2011

New family member


Salam...Nampaknya aku mulakan 1st entry utk tahun 2011 ni dgn meng'introduce' ahli keluarga yang baru...tadaaaaa..inilah dia:

- suka betul bila ambil gambar-

Namanya Gegirl. Dah namanya gegirl..of course ler betina..hheheh. Umurnya masuk bulan ni dah 7 bulan. Gegirl ni kucing pure Persian..


-gaya model atas katil-

Aku ni memang peminat kucing. Sejak dari kecik mmg dah biasa bela kucing, tapi nilah 1st time aku bela kucing Persian..Aku admit, bela kucing Persian ni mmg makan modal yg 'agak' besar. Yelah, kena spent a lots of money for her vaccination, ubat cacing (monthly). Then, kalau nak kemana2 yg ambil masa 2-3 hari, mmg kena hantar boarding. Spent utk makanan dia pun boleh tahan la jugak..heheh. Tapi semua tu kecil punya hal, sebab antara kami dgn Gegirl ni dah ada 'heart bonding' yg kuat sgt. Tak caya tgk ni:

-nilah dia teman sepermainan-

note: terhibur dengan keletahnya yang manja and 'naughty'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...