Khamis, 17 Sept
Start packing barang untuk balik ke kampung hubby di Perlis.
Jumaat, 18 Sept
Bertolak dari Bangi 4.30 petang. Singgah di Ipoh 7.00 petang (rumah mak ndak hubby), berbuka puasa dan berehat sekejap. Bertolak dari Ipoh 10.00 malam, sampai di Kangar, Perlis, 2.00 pagi. Letih tak terkata....badan sakit-sakit.
Sabtu, 19 Sept
Tiba di kampung hubby, 2.00 pagi. Sempatlah rasa bersahur dan berbuka puasa dengan tok tersayang.
Ahad 20 Sept (Hari Raya Pertama)
family hubby
Isnin, 21 Sept (Hari Raya Kedua)
Aktiviti berjalan-jalan dan makan seafood di Kuala Perlis sambil membeli belacan dan sagon di situ.
Selasa, 22 Sept (Hari Raya Ketiga)
Aktiviti hari raya ketiga ni agak unik, iaitu aktiviti menyembelih, melapah, memanggang dan memakan arnab belaan pak cik yang melambak-lambak tu. Tapi disebabkan aku tak sanggup melihatnya, so aku tak snap gambar.....sedih woooooo....
Rabu, 23 Sept (Hari Raya Keempat)
Aktiviti bershopping di Padang Besar dan melawat taman burung Ostrich.Khamis, 24 Sept (Hari Raya Kelima)
Menaiki keretapi dan berjalan-jalan di dalam Gua Kelam, Perlis.
Jumaat, 25 Sept (Hari Raya Keenam)
Bertolak dari Kangar pada 3.30 petang, sampai di Ipoh 7.30 petang, makan malam dan berehat. Bertolak dari Ipoh, 10.30 malam, tiba di Bangi, 3.00 pagi.
No comments:
Post a Comment