Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Koleksi kain ela..

Assalammualaikum



Puasa tinggal beberapa bulan je lagi kan? Pastu dah raya. Sure masing-masing tengah sibuk mencari kain utk dibuat baju raya. Ada yg dah advance, dah siap hantar kat tailor lagik..bagus..bagus.. Jangan buat keje last minit.

Baru-baru ni tetiba nak buat spring cleaning wardrobe. Last-last jumpa beberapa pasang kain ela, yang dah berkurun rupanya kat dalam wardrobe tu..adusss. Nasib baik encik hubby tak nampak. Kalau tak, membebel lagi la dia...huh! Biasalah kan, jenis yg bab membeli kain lajuuuu je, tapi bab nak gi hantar ke tailor tu, macam malehhhhh je. Tailor pun dah siap warning, tempahan diterima sampai ujung bulan 6 je...huhuhu. So, mission sekarang ni, every month hantar satu kain buat baju. Sikit-sikit...lama-lama jadi bukit kan...ahaksss.


note: tahun ni raya tak leh pilih kaler tema...dah fixed pakai kaler tema kawen adik ipar..huhuhu

Thursday, October 1, 2009

Kronologi Hari Raya 2009

Khamis, 17 Sept


Start packing barang untuk balik ke kampung hubby di Perlis.




Jumaat, 18 Sept

Bertolak dari Bangi 4.30 petang. Singgah di Ipoh 7.00 petang (rumah mak ndak hubby), berbuka puasa dan berehat sekejap. Bertolak dari Ipoh 10.00 malam, sampai di Kangar, Perlis, 2.00 pagi. Letih tak terkata....badan sakit-sakit.

Sabtu, 19 Sept

Tiba di kampung hubby, 2.00 pagi. Sempatlah rasa bersahur dan berbuka puasa dengan tok tersayang.


Ahad 20 Sept (Hari Raya Pertama)


family hubby


Isnin, 21 Sept (Hari Raya Kedua)

Aktiviti berjalan-jalan dan makan seafood di Kuala Perlis sambil membeli belacan dan sagon di situ.



Selasa, 22 Sept (Hari Raya Ketiga)


Aktiviti hari raya ketiga ni agak unik, iaitu aktiviti menyembelih, melapah, memanggang dan memakan arnab belaan pak cik yang melambak-lambak tu. Tapi disebabkan aku tak sanggup melihatnya, so aku tak snap gambar.....sedih woooooo....


Rabu, 23 Sept (Hari Raya Keempat)

Aktiviti bershopping di Padang Besar dan melawat taman burung Ostrich.



Khamis, 24 Sept (Hari Raya Kelima)

Menaiki keretapi dan berjalan-jalan di dalam Gua Kelam, Perlis.



Jumaat, 25 Sept (Hari Raya Keenam)

Bertolak dari Kangar pada 3.30 petang, sampai di Ipoh 7.30 petang, makan malam dan berehat. Bertolak dari Ipoh, 10.30 malam, tiba di Bangi, 3.00 pagi.

Salam Eid-ul-Fitri

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin
dari kami sekeluarga
- Hadzrul Fitri, Norshahida, Shadzreen Nadzirah -

Monday, September 7, 2009

Biskut Raya 2009...bhgn 1


Alhamdulillah...semalam cuti Nuzul Quran, so sempatlah buat satu jenis biskut raya...biskut sarang semut. Actually, biskut sarang semut ni memang favourite aku since zaman budak-budak dulu. Kalau pegi beraya rumah orang, 1st of all, aku akan cari biskut ni dulu, kalau takde, barulah cari biskut-biskut yang lain.


Nak buat biskut ni agak leceh sikit, sebab it takes quite a long time, sebab kena parut memarut. That's whylah aku jarang tengok biskut ni dijual. Tapi disebabkan biskut favourite aku sanggup buat apa saja... Dengan bantuan adik aku, dan tanpa gangguan dari Yen, at last aku berjaya hasilkan 2 flavours: satu perasa vanilla, dan satu lagi perasa coklat...harap-harap sedaplah. Almaklumlah buat masa tengah berpuasa, so mana boleh rasa merasa.


Insyaallah, biskut raya yang kedua akan menyusul. Bahan-bahan semua dah ada, cuma tunggu masa dan hari yang sesuai je...so, tungguuuuuuuuu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...