Wednesday, March 17, 2010

Al-fatihah...

Al-fatihah buat nenda tercinta (sebelah ayah) yang pulang ke pangkuan Ilahi tepat 8.45 malam, 14 Mac 2010. Setelah sebulan keluar masuk hospital, akhirnya arwah telah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang disamping anak perempuannya (mak jang).

Apa yang menyedihkan aku ialah, masa arwah sedang nazak, semua anak-anaknya sedang dalam perjalanan balik dari menghadiri kenduri perkahwinan sepupu aku (anak mak tih) di Kuala Terengganu.
Mujurlah aku, tiba-tiba tergerak hati nak balik ke Rawang, untuk ambil parents aku, ke rumah aku di Bangi ni. Petang ahad tu, dalam 10 minit kami sampai ke rumah, terus dapat emergency call dari mak jang, bagitau yang tok dah meninggal...Dalam keadaan dia yang tengah teresak2, kami tak tanya banyak...terus bersiap ke Langat.
Bagi aku sekeluarga, belum pun reda kesedihan kehilangan tok (nenek) sebelah mak pada Disember lepas, kami dikejutkan pula dengan kehilangan tok sebelah ayah. Benarlah kata pepatah ajal maut ditangan Tuhan...
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kenangan bersama arwah sentiasa terpahat dalam hati aku...Kini, aku tak ada lagi tok untuk bermanja dan bergurau.
note: lepas ni tak ada lagi kedengaran suara tok memarahi aku dalam loghat negeri sembilannya :(

1 comment:

Ako Retna said...

Takziah ye... moga arwah ditempatkan dikalangan owang2 yg beriman,
al-fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...