Showing posts with label al fatihah. Show all posts
Showing posts with label al fatihah. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Sebulan pemergiannya...Al-fatihah

Salam..


Uishh..lamanya tak mengupdate blog ni. Setelah 'bertapa' agak lama, nak kumpul balik kekuatan diri..akhirnya I'm back...Oklah, pada 4 November lepas genaplah sebulan pemergian abah tersayang ke rahmatullah...Takes time jugaklah aku nak redha dengan semua yang terjadi ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. At last, sedikit demi sedikit aku dah boleh terima ketiadaan abah, hasil bantuan suami dan adik beradik..maklumlah, aku ni memang rapat dengan arwah abah, so kehilangannya memang bawa kesan mendalam pada aku..






Ni gambar terakhir arwah abah bersama dengan adik bongsu, mak dan shadzreen. Masa ni hari raya aidilfitri tahun ni. Masa ni pun arwah memang dah sakit, bernafas pun dah bergantung pada mesin oksigen kat belakang tu, tapi disebabkan aku nak juga ambil gambar, arwah gagahkan juga bangun dari tempat tidur dia.



note: semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Miss you abah..


Friday, February 25, 2011

Al-Fatihah..

Al-Fatihah...
Buat ayahanda saudara tersayang..
'Che Hat'
Pemergiannya hari ni 25 Februari 2011..
Ke dunia yang kekal abadi..
Semoga Allah merahmati beliau..
Dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan umat Muhammad yang beriman..
Amin..
note: satu lagi 'kehilangan' yang memberi aku kesan mendalam..tapi redha dengan pemergiannya..

Wednesday, March 17, 2010

Al-fatihah...

Al-fatihah buat nenda tercinta (sebelah ayah) yang pulang ke pangkuan Ilahi tepat 8.45 malam, 14 Mac 2010. Setelah sebulan keluar masuk hospital, akhirnya arwah telah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang disamping anak perempuannya (mak jang).

Apa yang menyedihkan aku ialah, masa arwah sedang nazak, semua anak-anaknya sedang dalam perjalanan balik dari menghadiri kenduri perkahwinan sepupu aku (anak mak tih) di Kuala Terengganu.
Mujurlah aku, tiba-tiba tergerak hati nak balik ke Rawang, untuk ambil parents aku, ke rumah aku di Bangi ni. Petang ahad tu, dalam 10 minit kami sampai ke rumah, terus dapat emergency call dari mak jang, bagitau yang tok dah meninggal...Dalam keadaan dia yang tengah teresak2, kami tak tanya banyak...terus bersiap ke Langat.
Bagi aku sekeluarga, belum pun reda kesedihan kehilangan tok (nenek) sebelah mak pada Disember lepas, kami dikejutkan pula dengan kehilangan tok sebelah ayah. Benarlah kata pepatah ajal maut ditangan Tuhan...
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kenangan bersama arwah sentiasa terpahat dalam hati aku...Kini, aku tak ada lagi tok untuk bermanja dan bergurau.
note: lepas ni tak ada lagi kedengaran suara tok memarahi aku dalam loghat negeri sembilannya :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...