Wednesday, December 28, 2011

Dah lama teringin..

Assalammualaikum

Actually, dah lama dok usha kamera2 macam ni, tapi takdelah sampai nak tangkap DSLR...cam tak termampu dek tenaga nak mengangkatnya...dahlah den ni kocik molek...Hari tu pegang DSLR ila pun dah lenguh2 tangan. Camno kan?? So, setelah men'survey' dengan encik hubby di Mid Valley, akhirnya terberkenan dengan yang ni.


note: bergambar sakanlah akuuuuuu....


Monday, December 26, 2011

Akhirnya...ternyata sudah





Assalammualaikum..

Meh hari ni terasa ada mood untuk bercer citer pasal artis plak. Tapi dun worry, aku takkan jebakkan diri dengan gossip2 artis yang bukan2. Tapi citer pasal dua artis ni memang aku ikuti perkembangannya...almaklumlah, dua2 aku minat. So, buat peminat2 Lisa Surihani dan Yusry KRU ni..jangan stress2 ok..just doakan kebahagiaan diorang. Mengikut pengumuman yang dibuat oleh mereka baru2 ni, tarikh pernikahan ialah pada 23 Februari 2012, manakala resepsinya pulak pada 26 Februari 2012.







Satu lagi berita terbaru, Scha dan Awal pun dikatakan akan bernikah dalam bulan May @ Jun 2012 nanti. So, tunggu jelah announcement dari diorang kan?.. Dahsyat artis2 sekarang eh..nak kawen pun sampai kena buat announcement, jemput media bagai...hehehe. Apa pun semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar...amin.




note: erkk..sejak bila pulak la aku ni amik tau pasal dunia artis ni..

Thursday, December 22, 2011

7 Pesona Perlis

Assalammualaikum..

Anda pernah pi Perlis Indera Kayangan? Jawapan yang selalu aku dapat bila tanya soalan tu: Ada apa kat Perlis tu? Almaklumlah, negeri kecik. Pi mai pi mai sampai tang tu jugak..hahahah. Memandangkan Encik Hubby kampungnya di Perlis, maka memang selalulah aku ke sana. Actually, macam2 gak tempat menarik kat sana. Kiranya pi sana adalah jugak xtiviti yang boleh di buat. Kat sini aku senaraikan beberapa tempat menarik..

1. Taman Herba

Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi.


2. Taman Rekreasi Gua Kelam

Gua Kelam, merujuk kepada 370 m panjang gua batu kapur yang terletak di bandar kecil Kaki Bukit. Memasuki Gua Kelam perlu melalui jambatan gantung. Perjalanan sepanjang melalui jambatan tersebut merupakan suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan, juga memberikan suatu pengalaman mencabar dan membuat pengunjung teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gua Kelam. Sungai bawah tanah mengalir di kaki gua batu kapur tersebut sepanjang 1/3 panjang dan boleh berpiknik gitu..


3. Taman Ular

Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan 9 spesies dari luar negara. 10 spesies ular di taman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Disinilah terdapatnya pelbagai spesies ular yang boleh dilihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. *kalau untuk orang penakut ular, macam aku...baik tak yah yer..


4. Tasik Melati

Tasik Melati ni merupakan sebuah tasik kecil tetapi sungguh permai..chewah. Bertempat di kawasan paya tanah rendah dan lokasinya lebih kurang 8km timur dari Kangar. Tasik Melati ialah sebuah tasik yang cetek. Lebih daripada 150 tebing pulau dapat dilihat dari Tasik Melati. Bagi pengunjung yang ingin menikmati pemandangan dengan lebih dekat...jangan risau..sampan disediakan.


5. Gunung Medan

Ha! kat Perlis pun ada Gunung Medan tau. Bukan kat Medan je ada Gunung Medan..hehe. Gunung Medan ni 6km dari selatan Kangar. Merupakan batu kapur yang berketinggian 300 kaki dan menjulur ke permukaan tanah. Pengunjung dapat ke Gunung Medan dengan menaiki kereta, kemudian berjalan untuk mendaki sampai ke puncak *kalau larat laaa


6. Wang Kelian

Kat Perlis ni macam2 nama yang pelik2. Salah satunya tempat ni, Wang Kelian. Tapi tempat ni sebenarnya adalah tempat shopping..Berdekatan dengan sempadan Thai, kat post imigresen tu..sebelah kaki di Malaysia, sebelah lagi di Satun, Thailand. Selain itu ia juga merupakan kawasan eko-pelancongan. Di dalam Hutan Simpan Mata Ayer tu kaya dengan fauna, burung, mamalia dan reptilia. Jungle tracking pun boleh..bermula dari kawasan perkhemahan hingga ke Gua Wang Burma..


7. Hutan Lipur Bukit Ayer

Kalau rasa2 nak bermandi-manda di air terjun yang sejuk nan indah, silalah ke hutan lipur Bukit Ayer. Merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai xtiviti rekreasi. Ia merupakan satu lokasi yang ideal untuk tujuan berkelah dan berehat.


So, takdelah Perlis ni negeri yang membosankan kan?? Takdelah teruk sangat kan?? hahhaha..Anyway, bagi mereka yang sukakan keindahan mother nature/alam semulajadi, memang sesuweiiiiii sangat2 datang ke Perlis ni..*wah, ni macam kena mintak komisen dari menteri besar Perlis, sbb promotekan negeri Perlis ni..heheh



note: jom pakat ramai2...pi Perlis no...eh lupa nak bgtau utk makluman lanjut pegi sini ye..


Nak tengok duit baru?




Assalammualaikum

Maybe aku antara orang yang terakhir yang postkan pasal duit baru ni..heheh..AAK (ada aku kesah)... Tak kira nak tempek jugak gambar...








note: suka kaler-kalernye...


Friday, December 16, 2011

Secret Santa a.k.a Secret Gift Exchange

Assalammualaikum



Pernah dengar Secret Santa??? ala..nama komersialnye..tukar2 hadiah..tapi tak perlu tahu sape pemberinye...Department aku tadi ada buat game ni..* erk..game ke?? ahh whatever...Selesai je majlis makan2 farewell Qaiser tadi, after lunch terus buat aktiviti ni..lets the picture do the talks ye..


preparation b4 the game


nilah my Secret Santa...Cik Farhana aka Pa'an



my gift from Secret Santa: purple tupperware & brooch



i'm a Secret Santa for her: Cik Liyana



note: patutnya tak leh reveal sape penerimanya...tapi masing2 curious sgt nak tau..akhirnya reveal gak..to liyana..hope u like it..


Babai boss

Assalammualaikum


Tadi di ofis ada buat makan2, sempena pemergian our greatest boss, Qaiser, to Basel, Switzerland. Patutnya orang yang belanja dia, ni dia pulak yang belanja orang lain. Alasannya, tak dapat memenuhi request ramai orang yang ajak dia lunch or dinner. Alahai...orang fofular la katakan...hehehe




kek from Malaysia to Switzerland



Dalam gelak2 kitorang di ofis, ada gak yang berduka..Almaklumlah, bos ni seorang yang backup staff dia dan seorang bos yang amat memahami masalah staff. Bilik dia tu tak putus2 dengan staff2 yang datang meluahkan masalah, dan dalam keadaan sibuk dan stress macammanapun he's willing to give his shoulder to cry on..chewah..



nilah dia Mr. Qaiser



Aku sempat kenal dia dalam setahun lebih. Walaupun baru, tapi dah rasa macam kenal lama, dengan sifat easy-going dia tu, buat aku tak perlu rasa formal dengan dia...he's a very simple person. In terms of work, bukan seorang yang cerewet dan amat memahami. Aku juga selalu dijadikan tempat untuk dia luahkan ketaklaratan *erk..ada ke word ni dlm BM ye.. dia dengan beban kerja yang tak pernah2 habis. Kadang2 kesian sangat. So, decision yang dia ambil untuk berubah angin ke Basel, Switzerland tu aku rasa keputusan yang tepat. *walaupun decision tu buatkan dia tak dapat tido malam selama 3 hari..ish3



ni sebahagian food yang ada





So, Qaiser....all the best to you...hope you'll success in your future endeavour... I'm happy for you....Bon Voyage...





note: sapelah pengganti dia nanti eh...

Thursday, December 15, 2011

Trip ke Bukit Fraser

Assalammualaikum...



Last weekend, bawa mak, adik dan anak-anak sedara pegi mendaki ke Bukit Fraser. Tak sangka pun dapat resort ofis ni...entah bila book pun aku dah lupa. So, dah dapat...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, dengan cargasnya...packing, gi Rawang ambil mak, adik dan kebetulan anak-anak sedara pun ada kat situ sebab cuti sekolah, dan mendakilah ke Bukit Fraser tu..



kabus tebal sepanjang hari



melawat Empangan Air Selangor



di tengah pekan Bukit Fraser



mendaki beramai-ramai



aktiviti menunggang kuda



one happy family





note: kesejukan...macam duduk kat overseas..hihih


Monday, December 12, 2011

Pasukan Pelambai Agung Lama & Baru


Assalammualaikum..

Sayonara...


Welcome...



Nilah dia...pelambai Agong..


note: thanks to ila..sbb bg aku tempek gambo ni...heheheh


Thursday, December 8, 2011

Koleksi Novel-novel ku..

Assalammualaikum...



Taraaaaa....



Inilah dia koleksi-koleksi novelku. Almaklumlah kan, baru je berjinak-jinak balik...Dulu masa zaman study di ITM, banyak gak koleksi novel, tapi more to novel remaja. Disebabkan dah bertukar status sekarang, kenalah mengikut peredaran masa..takkanlah still nak baca novel remaja kan...tak sesuaiiiii gitu!




Eh...novel ombak rindu pun ada! Hehehe...so, kepada kengkawan yang berminat nak pinjam novel-novel koleksi ku ni...dialu2kan...dun worry...tiada charge dikenakan..cuma one condition: sila pastikan keadaan buku tu sama seperti masa anda mula2 meminjamnya...heheheh..SMI= Sendiri Mau Ingat ye...



note: bakal menambahkan koleksi..

Wednesday, December 7, 2011

Our 6th anniversary

Every Year that I'm with you

Has been better than before;

It's hard for me to even think

How I could love you more.



Every year you've graced my life

Has been full of happiness;

I love your caring face, your voice,

Your tender, sweet caress.



Every year when this day comes,

I'm filled with love and pleasure;

Happy Anniversary,

Love,My joy, my delight, my treasure.





note: thanks dear, for all the surprises


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...