Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Citer pasal Aaron Aziz lagi..

Assalammualaikum..

Sape ni????...hahahaha...hensem kan dia?




Aaron sebagai Adam Mukhriz


Disebabkan dah start post pasal abang Aaron kita ni.. So, aku nak teruskan dengan job terkini abang Aaron. Buat peminat abang Aaron dan juga peminat novel-novel melayu, sekarang ni abang Aaron sedang berlakon sebuah drama bertajuk Adam dan Hawa, adaptasi dari novel karya Aisya Sofea.

Aku dah baca novel tu...dan pendapat aku novel tu best sangat2...dan banyak islamic message terselit di dalamnya. Ni aku postkan sedikit sinopsis novel Adam dan Hawa ni:

Sinopsis : ADAM & HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Nak tau lebih lanjut, kenalah beli novel tersebut ataupun tunggu je drama abang Aaron ni keluar TV..

note: buku2 karya Aisya Sofea ni memang best! tak rugi beli..


Thursday, December 8, 2011

Koleksi Novel-novel ku..

Assalammualaikum...



Taraaaaa....



Inilah dia koleksi-koleksi novelku. Almaklumlah kan, baru je berjinak-jinak balik...Dulu masa zaman study di ITM, banyak gak koleksi novel, tapi more to novel remaja. Disebabkan dah bertukar status sekarang, kenalah mengikut peredaran masa..takkanlah still nak baca novel remaja kan...tak sesuaiiiii gitu!




Eh...novel ombak rindu pun ada! Hehehe...so, kepada kengkawan yang berminat nak pinjam novel-novel koleksi ku ni...dialu2kan...dun worry...tiada charge dikenakan..cuma one condition: sila pastikan keadaan buku tu sama seperti masa anda mula2 meminjamnya...heheheh..SMI= Sendiri Mau Ingat ye...



note: bakal menambahkan koleksi..

Sunday, July 24, 2011


Salam..


Setelah hampir 10 tahun meninggalkan hobi yang paling aku gemari, membaca novel...akhirnya aku kembali aktif. Seronok jugak bila dapat membaca novel-novel ni balik. Cuma bezanya...kalau dulu aku lebih banyak membaca novel-novel yang bercirikan kisah zaman remaja. Tapi sekarang macam tak sesuweiii...so, beralihlah ke novel-novel yang berkisahkan kehidupan suami isteri, keluar, asam garam kehidupan...seronotttnyaaa...



Serba sedikit tentang Novel Andai itu Takdirnya, hasil nukilan Siti Rosmizah:


Aleya, seorang gadis cantik dan berlatarbelakang keluarga sedernaha, dalam diam menyimpan perasaan terhadap seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan, menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.




note: menitis air mata bila baca buku ni...huhuhu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...