Thursday, February 23, 2012

Nak ke tak ni eh?

Assalammualaikum..



Nak apply ke tak? Nak apply ke tak? Semangat nak further study ni tengah berkobar-kobar, tapi...nak sambung Masters ni kena persiapan mental dan fizikal. Yelah, program Masters ni semuanya kena independent, dah tak boleh harapkan semua dari lecturer, dari start mula masuk sampaila ke final year nanti. Tambah-tambah time buat dissertation nanti. Kalau salah satu elemen tu tak kuat, alamat kecundang di tengah jalan...huhuhu. Itu yang tak nak tu..

Bank ni dah bukak application untuk scholarship. Nampak macam strict sangat. List of courses pun selected je..tapi alhamdulillah, course yang aku ambil masa Degree dulu ada dalam list. So, easier untuk aku further Masters, just ambik course yang sama *pecah kepala lagi la...

Hmmm...tapi teringin gak nak further overseas, UK tak nak aarr...cost of living tinggi, US pulak tak nak gak sbb banyak sangat jenayah hehehe. So, plan nak gi Australia..encik hubby pun sokong sbb kebetulan company dia pun ada branch kat Melbourne. Tapi tulah kan, kalau nak gi overseas, alamatnya kena hold dululah application ni, sbb banyak benda nak kena settle. TOEFL exam pun tak ambik lagi..huh!

Kena fikir dalam-dalam lagi ni....


note: selagi tak sampai impian...selagi tu akan ku kejar..




Congratz....Yusry & Lisa

Assalammualaikum...

Dah sah mereka bergelar suami-isteri...



gambar: credit to abang Nara @ beautifulnara




Wednesday, February 22, 2012

Citer pasal Aaron Aziz lagi..

Assalammualaikum..

Sape ni????...hahahaha...hensem kan dia?




Aaron sebagai Adam Mukhriz


Disebabkan dah start post pasal abang Aaron kita ni.. So, aku nak teruskan dengan job terkini abang Aaron. Buat peminat abang Aaron dan juga peminat novel-novel melayu, sekarang ni abang Aaron sedang berlakon sebuah drama bertajuk Adam dan Hawa, adaptasi dari novel karya Aisya Sofea.

Aku dah baca novel tu...dan pendapat aku novel tu best sangat2...dan banyak islamic message terselit di dalamnya. Ni aku postkan sedikit sinopsis novel Adam dan Hawa ni:

Sinopsis : ADAM & HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Nak tau lebih lanjut, kenalah beli novel tersebut ataupun tunggu je drama abang Aaron ni keluar TV..

note: buku2 karya Aisya Sofea ni memang best! tak rugi beli..


Happy Birthday Aaron..

Assalammualaikum..

To abang Aaron...happy 36th birthday. May Allah bless you...maintain cute aarrr...


note: gambar credit to blog beautifulnara ye..

Tuesday, February 21, 2012

Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 sesi 2013

Assalammualaikum...

Hari tu balik kerja, sempat bersembang dengan jiran yang ada anak sebaya Yen, maknanya next year masuk darjah 1. Dia tanya, bila tarikh nak kena buat semakan status permohonan kemasukan sekolah tu.. Aku pun terpinga-pinga, sebab tak sure.. So, dengan gigihnya terus bukak website Jabatan Pelajaran Selangor ni.
So, kepada kawan-kawan yang ada anak-anak masuk Tahun 1 next year, ingat ye...tarikh check keputusan is 16th July onwards.




note: hopefully Yen dapatlah sekolah kat SK BBB, Jalan 2 ni..senang transport..


Monday, February 20, 2012

No Idea La...

Assalammualaikum..

Gambar kat bawah ni menjelaskan segala-galanya... That's whylah blog ni berlapuk tak berupdate. Hehehe...camno nak korek idea nih...



note: plus keMALASan gak...heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...