Wednesday, February 22, 2012

Citer pasal Aaron Aziz lagi..

Assalammualaikum..

Sape ni????...hahahaha...hensem kan dia?




Aaron sebagai Adam Mukhriz


Disebabkan dah start post pasal abang Aaron kita ni.. So, aku nak teruskan dengan job terkini abang Aaron. Buat peminat abang Aaron dan juga peminat novel-novel melayu, sekarang ni abang Aaron sedang berlakon sebuah drama bertajuk Adam dan Hawa, adaptasi dari novel karya Aisya Sofea.

Aku dah baca novel tu...dan pendapat aku novel tu best sangat2...dan banyak islamic message terselit di dalamnya. Ni aku postkan sedikit sinopsis novel Adam dan Hawa ni:

Sinopsis : ADAM & HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Nak tau lebih lanjut, kenalah beli novel tersebut ataupun tunggu je drama abang Aaron ni keluar TV..

note: buku2 karya Aisya Sofea ni memang best! tak rugi beli..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...