Thursday, August 13, 2009

Majlis Konvokesyen UKM ke-37

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (DECTAR) akan berlangsung Majlis Konvokesyen UKM ke-37. Konvokesyen diadakan sebanyak 10 sidang melibatkan 7,674 orang penerima pelbagai anugerah termasuk 5 Profesor Emeritus dan 2 Ijazah Kehormat.

Pada pagi 15 dan 17 Ogos ini, iaitu sidang pertama dan kelima, majlis akan dipengerusikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor baru UKM. Dari jumlah 7,674 graduan, 207 adalah penerima Doktor Falsafah, 174 penerima Ijazah Sarjana Kepakaran Perubatan dan Pergigian, 1357 penerima Ijazah Sarjana, 5,607 penerima Ijazah Sarjanamuda, 251 penerima Diploma Siswazah, 77 penerima Diploma dan seorang penerima sijil.

Pada konvokesyen kali ini, UKM memberi penganugerahan kepada 7 orang tokoh yang banyak menyumbang khidmat dan tenaga kepada universiti, masyarakat, dan negara khususnya selain cemerlang dalam bidang yang diceburi. Seramai 2 orang penerima Ijazah Kehormat iaitu Dato' Dr. Hj. Mohd Ariffin Hj. Mohamed (pergigian) dan Dato' Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim (Kejuruteraan). 5 orang penerima Anugerah Profesor Emeritus/Emerita iaitu, Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Embong, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Anuwar Ali, Prof. Chamsuri Siwar, Prof. Dato' Dr. Noramly Muslim, dan Prof. Datin Dr. Norella Kong Chiew Tong.

Seramai 2 graduan menerima Anugerah Pelajaran Diraja (APD), iaitu Nur Najwa Abdul Rahman (Pengajian Islam) dan Chrissie Lim Hsin (Undang-Undang). Seramai 2 graduan menerima Anugerah Tun Abdul Razak, iaitu Salwana Jusoh @ Yusof (Pendidikan) dan Yew Su Mei (Sains dan Teknologi). Anugerah Naib Canselor pula diterima oleh Adilah Zaira Abu Bakar (Kejuruteraan).

Tahniah kepada semua graduan Konvokesyen UKM ke-37!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...