Tuesday, October 9, 2012

Birthday Mak yang ke-59

Salam kawan-kawan..

Ye..saya tahu blog saya ni dah berhabuk...berlapuk...berkarat dan segala-galanya lah..heheh. Gitulah yang terjadi bila penyakit M.A.L.A.S datang menyinggah...hahahaha

Terpanggil untuk buat entri sempena birthday my Mak yang ke-59 tahun pada 1st October lepas. Actually nothing special sebenarnya, cuma saje bawa Mak ke suatu tempat as a 'surprise birthday gift'. My Mak ni passion dia pada flowers, so tetiba terpikir nak bawa dia ke ladang Orkid di Bandar Tasik Puteri, Rawang ni. Rambang mata dibuatnya tengok orchid2 yang segar bugar..

Dah duduk dalam ladang, rasa macam tak nak balik..hehe

Note: Happy Birthday Mak...we love you. Hopefully dia suka orchid2 tu..

Monday, May 21, 2012

Mother's Day Celebration

Assalammualaikum..

Hehe..memang selalu tertinggal train kan..
Hari Ibu dah lama lepas..
tapi baru hari ni nak update blog. hahaha.
Redha jelah...

- Yen's mother's day artwork -

- budak yang bangga dengan artwork dia -

- dinner with mak tersayang -






note: sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup di muka bumi ini..

Thursday, May 17, 2012

Sudahkah Anda Mendaftar?

Assalammualaikum..

Rata2 sekarang, pergi mana2 pun orang sibuk bercakap pasal pilihanraya. Ada yang kata akan dibuat pada bulan Jun dan ada pulak kata lepas raya. Tak kisahlah bila2 pun, yang penting sebagai rakyat Malaysia kita cuma perlu bersiapsedia..Tunggu je announcement Parlimen dibubarkan.

 - mine -

- hubby -

Baru2 ni one of my friend tanya, macammana proses nak tukar alamat sbb she and her husband, on previous election, diorang mengundi tempat berasingan. She kat Bangi, and her husband kat Kuala Selangor..huhu, but lastly end up..her husband tak mengundi, alasannya jauh. Kan dah rugi satu undi!!

Hopefully info2 kat bawah ni dapat membantu kawan2 yang masih blank on the prosedur tukar pusat mengundi. Nak tahu details pegi sini ye..



Note: Marilah mari...pergi mengundi...tunaikan kewajipan kita...pada negara...



Tuesday, May 15, 2012

Kesian dia...

Assalammualaikum..




- Taby boy yang demam selsema -


note: kesian taby boy...berjangkit dari namy boy ler ni..huhuhu



Monday, May 7, 2012

Upin dan Ipin the Musical

Assalammualaikum




Last Saturday, went to Istana Budaya to watch the Upin Ipin the Musical. Just Yen and me! Papanya ada agenda sendiri di Low Yatt. Fuh! berpeluh gaklah nak sampai sana even kereta ada aircond..hehehe. Almaklumlah, Sabtu lepas kan cuti Hari Wesak. All roads heading to KL jem teruk. Nasib baiklah Encik Hubby yang drive, sudi menghantar 2 perempuan kesayangannya ke Istana Budaya. Haha..Disebabkan dia yang drive, dia teror cari jalan shortcut. Kalau harapkan aku, show pukul 3 petang, alamatnya pkl 5 baru sampai. Hehe..


Nasib baik sampai on time. Tapi biasalah kan, ada masa bertenang, so show pukul 3 drag ke pukul 3.30. Start je show, dah nampak muka gelabah Yen. Hehe..takut sebab keadaan dalam dewan gelap plus sound effectsnya. Tapi, at last dia mula enjoy the show. Dah start nampak dia gelak-gelak, senyum-senyum sendiri. Tapi, budak bertuah tak lama enjoynya. Tengah2 show, dah nampak 'keboringannya'... Sibuk cari papanya..

It was a 2-hour show, so dalam pukul 5 ended. After that, Yen requested to get some of the Upin Ipin merchandise, dan hajat dihati nak bergambar dengan character2 Upin Ipin dan kawan-kawannya tu. Sekali lagi budak bertuah tu dah tarik tangan ajak balik..huhu. Mama dia yang frust, tak dapat bergambar dengan Ehsan - my favourite character..ahaks.

Overall, I rated it 4 stars! Kenapa bagi 4 je?? Lagi satu tu kelemahannya, some parts quite boring la jugak..


note: kena bawak Yen ke Disney on Ice kot baru dia tak boring...huhu..

Wednesday, May 2, 2012

PTD Exam!

Assalammualaikum

Semalam terkezut bila dapat SMS dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 'Tahniah! Anda dijemput untuk menghadiri Peperiksaan bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41 pada 12 Mei 2012'. Mula-mula ingatkan scam SMS, tapi bila check website SPA, memang betul dapat! Tak sangka...



Mesti korang ingat, ala..exam je, apasal nak terkezut2? Kalau korang nak tau, it's not easy to get opportunity to sit for this exam tau... My cousin yang dah grad since 2008, sampai sekarang tak dapat peluang untuk sit for this exam. Tapi aku, yang saja2 isi form SPA ni last month, tetiba je terus dapat sit exam! Alhamdulillah...rejekiiii... :)

Ada yang tanya. PTD tu apa? 

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK 

Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.


note: hhhmmm...still tengah timbang menimbang...nak pegi ke tak...

Monday, April 30, 2012

Ole-ole dari Bandung

Assalammualaikum

Last weekend, adik ipar datang rumah nak bagi ole-ole dari Bandung. Jealous ok! Aku yang plan bagai nak rak ni...tak dapat jugak jejakkan kaki ke Bandung tu..Ish tak boleh jadi ni. Tapi, rasanya kena plan untuk travel next year 2013. Sebab, schedule jalan-jalan untuk this year dah full. Cuti pun dah nak habis..huhuhu.


note: Bandung yuk kawan-kawan...

Sunday, April 29, 2012

G5 Mini gathering cum Farewell gathering

Assalammualaikum..

Recently, we had our Group 5 reunion. Actually, not really a 'reunion' sebab tak cukup quorum. It's more to a mini gathering, sebab cuma 6 orang je yang turned up. Masing-masing ada komitment lain, katanya la kan. Tapi memang dah expect pun.. hehe. 

- dari kiri: shida, kak su, arpah, egy (duduk kiri), yati (duduk kanan) -


We had the gathering kat Redbox Pavillion. So, gelabah gaklah aku dengan Yati menggoogle cara-cara nak ke Pavillion guna public transport. Selama ni pegi naik kereta dengan encik hubby. Cair gakla makeup travel dari Bangi ke Pavillion ni. Mula-mula naik komuter dari Bangi, sampai KL Sentral naik monorel sampai Pavillion.

Actually, mini gathering ni, tujuan asalnya as a farewell gathering for our dearest Kak Su, yang akan fly off ke Algeria, mengikut hubby tercinta yang kerja kat sana. Lepas ni kak Su, jadik Algerian gitu!..hhahahah..

Ikut jadual asal, majlis dijangka berakhir pukul 3, tapi biasalah kan...kalau dah berjumpa sakan, bergedik , bersembang lagi....drag sampai ke pukul 5. Almaklumlah, it's about 5 years tak jumpa. Banyak story mory the morning glory yang nak dishare.

Here are some of the pictures taken masa sesi 'melalak' tu... 
- farewell cake for kak su -
- selesai melantak -

- yang diraikan -

- with Nana (duduk kanan) -

note: jangan lupa balik Malaysia ye Kak Su :) 

Shadzreen's School Trip to National Zoo

Assalammualaikum..

- credit to google -

Last Thursday, Shadzreen's Q-Dees School organized a trip ke Zoo Negara. This was the second trip yang Shadzreen's joined since she started her school at Q-dees ni. Last year, she went to Kilang roti Hi-5. Eventhough, Zoo Negara ni dah banyak kali pergi, tapi kami tetap bagi 'green-light' untuk dia pergi. Excited sangat-sangat, sampai seminggu sebelum tu dah teringat-.ingat. Bak kata pepatah, 'tido tak lena, mandi tak basah'.. Bagi dia rasa berdikari dengan kawan-kawan dia.

- Yen yang excited nak pegi zoo -
Hmmm...tapi yang peliknya, ada jugak parents yang tak bagi anak dia join aktiviti-aktiviti macam ni. Almaklumlah, anak orang-orang VVIP..mana boleh join 'orang kebanyakkan' macam kita ni..heheh. Bak kata Shadzreen, ada juga kawan-kawan dia yang tak pergi, pastu menangis2 kat mak bapak diorang. Nak ikut trip ni. Tapi....mak bapak diorang tetap berfikiran 'ada aku kesah'...hahahah. Kesian tengok budak-budak tu..












note: mak bapak jenis macam tu lebih rela tengok anak-anak terperuk dalam rumah...tak bermasyarakat..huh!

Koleksi kain ela..

Assalammualaikum



Puasa tinggal beberapa bulan je lagi kan? Pastu dah raya. Sure masing-masing tengah sibuk mencari kain utk dibuat baju raya. Ada yg dah advance, dah siap hantar kat tailor lagik..bagus..bagus.. Jangan buat keje last minit.

Baru-baru ni tetiba nak buat spring cleaning wardrobe. Last-last jumpa beberapa pasang kain ela, yang dah berkurun rupanya kat dalam wardrobe tu..adusss. Nasib baik encik hubby tak nampak. Kalau tak, membebel lagi la dia...huh! Biasalah kan, jenis yg bab membeli kain lajuuuu je, tapi bab nak gi hantar ke tailor tu, macam malehhhhh je. Tailor pun dah siap warning, tempahan diterima sampai ujung bulan 6 je...huhuhu. So, mission sekarang ni, every month hantar satu kain buat baju. Sikit-sikit...lama-lama jadi bukit kan...ahaksss.


note: tahun ni raya tak leh pilih kaler tema...dah fixed pakai kaler tema kawen adik ipar..huhuhu

Monday, April 23, 2012

Number One For Me - Maher Zain

Assalammualaikum

Korang pernah dengar lagu single terbaru Maher Zain? Kat rumah tu, anak dan Papa dok gila dengan lagu ni. Si papa jadikan lagu ni caller ringtone dia. Yang si anak pulak dah buat koir kat rumah tu. Tapi bila dah selalu sangat dengar, best pulak.. Jom kita sharing the caring lirik lagu ni eh...Enjoy...





I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do 

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me 
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)

Oh, oh, number one for me

Lyrics: Maher Zain & Bilal Hajji
Melody: Maher Zain & Nano Omar
Arrangement: Maher Zain



Note: teringat kat Mak....miss you so much!



Wednesday, April 4, 2012

Wordless: New 'Toy' for Yen

Assalammualaikum..





Note: Speechless sebenarnya...the latest IPOD TOUCH for budak 6 tahun...huhuhu... Anak papalah katakan... :P


Thursday, March 29, 2012

Earth Hour 2012

Assalammualaikum..



Sure korang dah tau kan apa itu Earth Hour? Kalau tak tau atau tak sure...sila google ye.. Aku ni dulu memang suka menjoinkan diri dengan aktiviti-aktiviti memelihara bumi ni. Dulu masa kat sekolah, aku ni ahli Kelab Pencinta Alam. Kalau pegi sekolah lama tu, sure nampak pokok-pokok yang aku dan kawan-kawan tanam sekeliling sekolah. Bangga okay...hehehe. Selain tu, aku juga aktif dalam Persatuan Geografi sekolah. Macam-macam competition masuk. Semua ni datang sebab aku minat sangat dengan bentuk muka bumi dunia ni. Unik...so, dengan cara macam tu jelah aku dapat explore..nak jadi Geologist...result sains kurenggg...

Sekarang ni, hhhmmm...aktif lagi ke? Aktif tapi taklah seaktif dulu...aku cukup tak suka kalau nampak orang buat pembakaran terbuka. Baru-baru ni kejadian berlaku kat area taman perumahan aku. Mostly yang buat pembakaran terbuka ni, kedai-kedai pengumpul besi buruk.. so, apa lagi..snap gambar pastu email kat MPKJ dan Jabatan Alam Sekitar. So, further action terpulanglah kat diorang kan..kalau rasa makan gaji buta..so, tak yah take action...chewahhh..

So, conclusionnya, nak ajak kawan2 menyahut kempen Earth Hour ni..tak lama pun sejam je..dari 8.30 - 9.30 pm. Bila?? 31 March ni, hari Sabtu ye... Marilah kita sama2 kurangkan masalah Global Warming ni...utk anak cucu cicit kita nanti jugak...


note: teruja sebenarnya...


Thursday, March 22, 2012

Demam F1 sudah mariiii...

Assalammualaikum...

Aku ni peminat F1...tapi nak kata fanatik sangat tu takdelah. Mula terjebak masa zaman anak dara dulu. Pastu kawen pulak dgn husband yang pun minat bab2 kereta ni..cuma husband upgrade sikit, sebab dia minat selain minat kereta dia pun join club motor chopper. So, every year, F1 ni tak pernah miss dari agenda aktiviti kami berdua. Last year tak dapat pegi, so mengadap depan TV je..

This year, insyaallah takde aral kami akan ke Sepang. Kena pakai sunblock byk2 sbb kali ni dapat tiket untuk tengok dari bukit je..huhuhu. View tak cantik..tapi nak bagi support kat team McLarren punya pasal..sanggup seh....hahahaha

Ni latest programme F1 2012 nanti:





note: jangan tegur warna kulit aku nanti eh...


Wednesday, March 14, 2012

Jom ke Kidzania!!

Assalammualaikum..

Dialog Aku dengan Encik Hubby semalam:

Encik Hubby: Takde plan apa-apa ke untuk Yen school holiday ni? Kesian dia...

Aku: Hhmm..cuti seminggu je. Why? Any plan??

Encik Hubby: Just take her to somewhere laa...

Aku: Hehe...weekend ni kan ada Hot Air Ballon Festival kat Putrajaya. Kita pergi situ jelah..

Tapi, tetiba bila ada kawan yg tanya pasal Kidzania...berkobar-kobar nak bawa Yen ke situ. Ditambah pulak lepas tengok some of pix dlm blog2 yang lain.

ni kat Kidzania Jakarta

Kidzania Tokyo

replika Kidzania Malaysia


note: mama Yen yang terlebih teruja..hahahhaa. Pictures credit to malaysiainsider.

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Hari Wanita!!

Assalammualaikum..

Buat semua wanita-wanita...jelitawans, Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia!



note: Disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita...

Thursday, February 23, 2012

Nak ke tak ni eh?

Assalammualaikum..



Nak apply ke tak? Nak apply ke tak? Semangat nak further study ni tengah berkobar-kobar, tapi...nak sambung Masters ni kena persiapan mental dan fizikal. Yelah, program Masters ni semuanya kena independent, dah tak boleh harapkan semua dari lecturer, dari start mula masuk sampaila ke final year nanti. Tambah-tambah time buat dissertation nanti. Kalau salah satu elemen tu tak kuat, alamat kecundang di tengah jalan...huhuhu. Itu yang tak nak tu..

Bank ni dah bukak application untuk scholarship. Nampak macam strict sangat. List of courses pun selected je..tapi alhamdulillah, course yang aku ambil masa Degree dulu ada dalam list. So, easier untuk aku further Masters, just ambik course yang sama *pecah kepala lagi la...

Hmmm...tapi teringin gak nak further overseas, UK tak nak aarr...cost of living tinggi, US pulak tak nak gak sbb banyak sangat jenayah hehehe. So, plan nak gi Australia..encik hubby pun sokong sbb kebetulan company dia pun ada branch kat Melbourne. Tapi tulah kan, kalau nak gi overseas, alamatnya kena hold dululah application ni, sbb banyak benda nak kena settle. TOEFL exam pun tak ambik lagi..huh!

Kena fikir dalam-dalam lagi ni....


note: selagi tak sampai impian...selagi tu akan ku kejar..




Congratz....Yusry & Lisa

Assalammualaikum...

Dah sah mereka bergelar suami-isteri...



gambar: credit to abang Nara @ beautifulnara




Wednesday, February 22, 2012

Citer pasal Aaron Aziz lagi..

Assalammualaikum..

Sape ni????...hahahaha...hensem kan dia?




Aaron sebagai Adam Mukhriz


Disebabkan dah start post pasal abang Aaron kita ni.. So, aku nak teruskan dengan job terkini abang Aaron. Buat peminat abang Aaron dan juga peminat novel-novel melayu, sekarang ni abang Aaron sedang berlakon sebuah drama bertajuk Adam dan Hawa, adaptasi dari novel karya Aisya Sofea.

Aku dah baca novel tu...dan pendapat aku novel tu best sangat2...dan banyak islamic message terselit di dalamnya. Ni aku postkan sedikit sinopsis novel Adam dan Hawa ni:

Sinopsis : ADAM & HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Nak tau lebih lanjut, kenalah beli novel tersebut ataupun tunggu je drama abang Aaron ni keluar TV..

note: buku2 karya Aisya Sofea ni memang best! tak rugi beli..


Happy Birthday Aaron..

Assalammualaikum..

To abang Aaron...happy 36th birthday. May Allah bless you...maintain cute aarrr...


note: gambar credit to blog beautifulnara ye..

Tuesday, February 21, 2012

Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 sesi 2013

Assalammualaikum...

Hari tu balik kerja, sempat bersembang dengan jiran yang ada anak sebaya Yen, maknanya next year masuk darjah 1. Dia tanya, bila tarikh nak kena buat semakan status permohonan kemasukan sekolah tu.. Aku pun terpinga-pinga, sebab tak sure.. So, dengan gigihnya terus bukak website Jabatan Pelajaran Selangor ni.
So, kepada kawan-kawan yang ada anak-anak masuk Tahun 1 next year, ingat ye...tarikh check keputusan is 16th July onwards.




note: hopefully Yen dapatlah sekolah kat SK BBB, Jalan 2 ni..senang transport..


Monday, February 20, 2012

No Idea La...

Assalammualaikum..

Gambar kat bawah ni menjelaskan segala-galanya... That's whylah blog ni berlapuk tak berupdate. Hehehe...camno nak korek idea nih...



note: plus keMALASan gak...heheh

Monday, January 30, 2012

AJL26

Assalammualaikum..

Tau dah entri ni dah basi...tapi bukannya nak cite sangat pasal AJL26 baru-baru ni. Just nak bagitau...i like this picture...hehehe...soooo romantissss...





note: suka picture2 yg photographer ni ambik...background biru...mendamaikan



Saturday, January 28, 2012

[sharing info] Baru ku tahu..

Assalammualaikum..


Baru-baru ni disebabkan dah boring asyik baca buku economics je...so, saje2 lah belek membelek buku-buku kerja Encik Hubby. Apa lagi kan...buku pasal pokok2 laaa...Macam2 jenis pokok yang tak biasa dijumpa dan dengar, aku jumpa dalam buku tu..kira macam new knowledge la kat aku kan.. Tapi, yang mengejutkan aku, ialah sejenis pokok bunga yang diberi nama Yesterday-Today-Tomorrow. Sama pulak dengan nama blog aku ni..wow weeeee...tak sangka. So, bacalah dengan aku sekhusyuknya buku tu. So, meh sini aku share serba sedikit pasal bunga Yesterday-Today-Tomorrow ni:




- nilah dia rupa pokok bunga YTT bila penuh satu dahan -



- ni pulak gambar close-up bunga YTT -


- sesuai ditanam di kawasan rumah -


Fakta tentang bunga YTT ni:


Nama tempatan: Yesterday-Today-Tomorrow

Nama saintifik: Brunfelsia Pauciflora

Nama lain: Brunfelsia biru, morning-noon-night


Pokok renek ini boleh tumbuh pada ketinggian hingga 9 kaki. Bunganya berwarna ungu tua yang akan berubah menjadi ungu muda (lavendar) dan akhirnya menjadi putih. Bunga ini mempunyai 5 kelopak dan berbau harum. Pokok ini biasanya dijadikan tumbuhan laman dan hiasan taman. Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang namun ia juga boleh menghasilkan buah (jarang-jarang dijumpai). Ia memerlukan air yang banyak dan suka kepada tempat yang agak redup.


Pokok ini tergolong dalam kategori tumbuhan beracun, jika termakan, ia boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata membesar dan pucat lesi.


Sumber: Buku Trees and Shrubs



nota: bunga yang cantik rupanya tetapi sungguh berbisa...huhuhu








Thursday, January 19, 2012

Mode: Do not disturb

Assalammualaikum..

Mode saya hari ni:



Rasa macam tak sihat. So, please give me a space...I want to stay silence for today..tak de mood nak bercakap banyak...Ok..



"Crazy Price" bermula 20hb hingga 24hb Januari

Asssalammualaikum...

Kepada peminat-peminat Tudung Fareeda, silalah serbu ke butik-butik Tudung Fareeda pada 20hb hingga 24hb Januari ni ye...Dengar cite tudung-tudung ni dpt diskaun sampai 50% dari harga asal.. Aku sekarang dah beralih ke tudung Fareeda ni pulak...hehehe...saje ambil angin baru.. Bila tengok orang pakai cantik n sweet je.. so, aku startkan dgn buat collection selendang ni dulu:


ni namanya Selendang Mawar Tone

Lepas ni aim nak buat collection untuk ni pulak:


ni pulak V Rozanna 3 Layer

Untuk kanak-kanak pun ada. Dah beli dua untuk Yen untuk dipakai masa kelas Muqaddam:



Erkk...harga??? Nak tau harganya ye? Harga lebih kurang macam tudung Ariani. Lebih lanjut gi website tudung Fareeda ye..



note: beli tapi tak pakai..camno?? hehehe


Wednesday, January 18, 2012

Jadual Perjalanan Highway PLUS sempena Tahun Baru Cina

Assalammualaikum..

Sharing is caring again...heheheh. Kat bawah ni aku attachkan Jadual Perjalanan Highway PLUS sempena Tahun Baru Cina. Tapi kalau nak tau lebih details, pergilah ke sini ye.. Jadual perjalanan ni hanya disyorkan kepada pengguna lebuhraya...takdelah sampai ke tahap kena paksa-paksa...It's up to you guys nak gerak pukul berapa pun..tapi kalau tersekat dalam kesesakan...sendiri mau ingat la ye..


Aku dan family insyaallah akan buat perjalanan ke Utara, insyaallah kami akan ikut jadual perjalanan yang disyorkan oleh PLUS ni. Tapi kita cuma merancang, Tuhan menentukan... Penat sangat2 bila every year cuti CNY...mesti stucked berjam2 dalam heavy traffic ni..hopefully tahun ni takde la...

Buat kawan-kawan yang akan membuat perjalanan jauh, selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya ye... Ops Sikap dah start, so janganlah suka suki nak langgar peraturan jalanraya. Tapi, kalau dah rasa duit tu terlebih dalam akaun dan tak tau nak buat apa...bolehlah sedekah kat PDRM tu...hihihi


note: semoga selamat pergi dan selamat kembali ke KL....amin


Tuesday, January 17, 2012

[Sharing is caring] Untuk mereka yang di bawah zodiak Dragon

Assalammualaikum..

Saje suka-suka tau..sempena berGONG XI FA CHAI ni...Jom kita share2 character2 orang yang berada di bawah zodiak Dragon ni..


A particularly challenging year is in store for the Dragon, but it’s nothing you can’t handle! Just be alert to any sign of trouble, as steering clear of problems at the root can go a long way. Be prepared for sudden developments as well.


But if there is trouble, the Dragon will have to take refuge in its own abilities, and have the strength and conviction to go ahead with its plans.

Career


In order to do well in your career, pay attention to your superiors’ instructions and work closely with them. Don’t be afraid to fail on occasion; what’s important is that you try and work hard, because it will pay off. This will also solidify your reputation in the workplace and help you enjoy stability and recognition.

For Dragons who own their own businesses, however, this is not the year to rush headlong into hasty decisions. Things could go wrong.

Wealth

Your wealth outlook is pretty tenuous; as such you will need to proceed with caution. You may overspend throughout much of the year, or become reckless with your budget.

If you must spend, don’t fritter away your cash on things that will prove worthless in the long run. Avoid binge-buying or shopping, and focus instead on making your money work with some carefully calculated ventures. Avoid high-risk investments or any form of gambling – what you lose you are unlikely to get back, and your losses could be quite steep.

Relationships

Unfortunately, single Dragons are likely to remain single this year, unless a good opportunity comes along. There’s also not much Peach Blossom Luck for singles, so there is a chance that most of your attempts may not go according to plan.

For Dragons in a relationship, however, there may be occasional tension and problems brought about by your lack of attention. You will have to be more accommodating with your spouse or partner, as being stubborn with your point of view can only result in arguments.

Health

The presence of the Sword Edge Star, in particular, doesn’t denote well for the Dragon’s health this year. As such, focus more on your fitness and work hard on your exercise routine. Also find ways to incorporate meditation, yoga or Tai Chi into your regime – this allows you to move your body, build strength, and clear your mind. Remember, the more stressed out and anxious you are, the more likely you’ll be to fall sick!


For those yang di bawah zodiak2 lain, dan nak tengok character anda sendiri..check here


note: saje suka sukiiii..... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...